10 Jenis Makanan Berkhasiat Yang Penting Buat Si Manja

Buat ibu-ibu yang mempunyai anak berusia setahun ke atas mesti teruja nak cuba resepi-resepi lazat untuk menaikkan selera anak kan.. Macam-macam jenis makanan dah bagi cuba, selain rasa yang sedap apa yang penting adalah makanan penuh khasiat untuk menyokong tumbesaran si anak.

Saya nak kongsikan 10 jenis makanan yang kaya dengan nutrisi dan juga baik untuk perkembangan dan proses membesar anak-anak. Saya dapat ilmu ni dari smartparenting.com dan saya olah semula agar mudah difahami bersama.

healthy food
Klik Gambar Untuk Lebih Jelas

1. Nasi dan Gandum – ianya bukan sahaja mengenyangkan malah juga memberikan tenaga kepada kanak-kanak aktif yang sedang membesar. Ia juga mengandungi protein dan serat untuk sistem penghadaman yang baik.

2. Telur – sumber protein yang baik untuk anak kecil. Ia mengandungi Vitamin B, Vitamin E dan zinc. Telur bukan sahaja penuh nutrisi, ia juga mudah disediakan dan mudah dikunyah. Terdapat beberapa cara hidangan yang sesuai mengikut selera anak seperti rebus, omelette atau sekadar telur mata kerbau

3. Susu – Segelas susu sehari sudah cukup untuk memenuhi keperluan nutrisi badan kanak-kanak. Susu kaya dengan kalsium, Vitamin B dan protein. Selepas berumur 2 tahun dan ‘putus’ susu ibu, kanak-kanak sebaiknya digalakkan minum susu segar.

4 – Buah Mangga – Bukan sahaja disukai oleh kanak-kanak, ibu-ibu juga pasti terliur sama bila sebut tentang buah mangga! Sebiji mangga bersaiz sederhana mengandungi 57miligram Vitamin C, 8000IU Vitamin A, 135 kalori dan 4 gram serat. Ianya sangat sesuai dibuat jus, manisan atau dimakan begitu sahaja.

5. Kekacang – mentega kacang adalah makanan segera yang baik untuk kanak-kanak. Ia mengandungi lemak baik (kerana tidak dicampur dengan minyak terhidrogenasi), protein dan serat. Kekacang seperti soya adalah sangat penting dalam menyokong tumbesaran kanak-kanak, membaikpulih tisu badan yang merupakan bahagian utama dalam pembinaan sel badan.

6. Ikan – adalah salah satu sumber protein yang baik untuk tumbesaran kanak-kanak. Ikan yang mengandungi Omega 3 penting untuk perkembangan otak dan kebolehan berfikir dengan baik.

7. Brokoli dan sayur-sayuran – Mengandungi potassium, beta karotene dan Vitamin B. Sayur-sayuran adalah penuh dengan vitamin, mineral dan serat. Sesetengah sayur adalah sumber kalsium dan zat besi yang baik.

8. Squash (sejenis labu) – mengandungi Vitamin C dan beta karotene yang tinggi. Ia juga penuh dengan nutrien penting dan merupakan salah satu makanan pertama bayi yang berumur 6 bulan ke atas.

9. Tomato – adalah sejenis buah-buahan yang kaya dengan antioksidan. Tomato adalah sumber Vitamin A dan Vitamin C yang baik. Ia juga mengandungi Vitamin B dan mineral seperti kalsium dan zat besi.

10. Oatmeal – sangat sesuai diambil pada waktu pagi/sarapan kerana ia pemberi tenaga segera kepada tubuh badan kanak-kanak aktif. Oat juga terdiri daripada serat larut dan serat tidak larut yang bagus untuk sistem penghadaman.

kids-playing1

Dunia kanak-kanak penuh dengan cabaran dan eksplorasi, maka wajarlah kita sebagai ibu memastikan anak menikmati zaman ini dengan sebaiknya! Makanan yang berkhasiat dan penuh dengan nutrisi membantu mereka menyerlahkan potensi masing-masing. Happy kid is healthy kid!

Semoga bermanafaat.

signature

mamavogue

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge